Aloe Vera

Kebaikkan Aloe Vera:

Kulit Yang Sihat
Aloe vera telah digunakan untuk penyakit kulit sejak zaman purba. Gel aloe vera yang diekstrak daripada daunnya adalah ubat semulajadi yang terbaik untuk masalah kulit dan ia juga membantu mengurangkan gejala penuaan. Banyak produk penjagaan kulit dan diri, serta kosmetik yang menggunakan ekstrak aloe vera. Malah, jika anda mempunyai tumbuhan ini di rumah, anda hanya perlu mengambil sebahagian kecil daun, toreh daun untuk dapatkan gel dan sapukannya dalam bentuk mentah di wajah anda. Terapi ini lebih baik dan lebih berkesan daripada kebanyakan krim kulit yang telah terproses di pasaran. Kebanyakan orang juga lebih suka meminum jus aloe vera, kerana sifat tumbuhan berfungsi secara dalaman. Ia juga membantu menyembuhkan sengat, ruam, jerawat, dan psoriasis.

Meningkatkan Imunisasi
Minuman jus aloe vera mempunyai ciri-ciri detoksifikasi semulajadi yang berkesan membersihkan sistem pencernaan dan sistem peredaran darah. Oleh kerana tahap penyerapan nutrien yang bagus, ia menghasilkan peredaran darah yang lebih baik dan juga meningkatkan kesihatan. Apabila darah itu kaya dengan oksigen, ia secara automatik memberikan nutrien kepada sel-sel lain dengan baik. Sel-sel yang sihat ini memastikan keupayaan tubuh anda untuk menangkis jangkitan, seterusnya meningkatkan sistem imun anda.

Penjagaan Rambut
Aloe vera telah terbukti boleh menggalakkan pertumbuhan rambut secara semulajadi. Produk penjagaan rambut yang mengandungi ekstrak aloe vera adalah penting untuk mengekalkan rambut tebal dan sihat. Anda boleh menyapu gel lidah buaya ke seluruh kulit kepala dan rambut untuk merawat keguguran rambut kerana ia mempunyai enzim yang merangsang pertumbuhan rambut. Syampu lidah buaya meningkatkan peredaran darah dan menghalang anda daripada stres dan tekanan mental. Malah, ia mempunyai sifat anti radang yang berkesan merawat alopecia androgenetik atau kebotakan pola lelaki. Sekiranya anda menggunakannya secara kerap sebagai syampu dan perapi, anda dapat menghalang keguguran rambut di usia muda.

Melegakan Sakit Sendi dan Otot
Aloe vera bersifat anti radang yang berfunsi dengan berkesan untuk sakit sendi dan otot. Menyapu gel aloe vera dapat mengurangkan keradangan sendi. Makan lidah buaya, kapsulnya, atau minum jusnya boleh mengurangkan keradangan di seluruh badan, seterusnya memberi kesegaran pada badan. Dalam beberapa kajian, telah dilaporkan bahawa orang yang selalu mengambil jus lidah buaya selama sekurang-kurangnya dua minggu mengalami peningkatan yang signifikan dalam masalah peradangan. Walau bagaimanapun, ia berfungsi dengan baik apabila diet anda kurang pengambilan daging merah, gula, susu, makanan bergoreng, dan tepung putih.

Menyembuhkan luka
Aloe vera dianggap sebagai penyembuh semulajadi sejak ribuan tahun dahulu. Jika digunakan secara luaran, ia adalah pilihan terbaik untuk penyembukan luka pada kulit. Malah, dalam banyak kes, lidah buaya dianggap sebagai ajaib sekalipun untuk kes luka yang paling serius. Jus aloe vera serta-merta ’menutup’ luka dengan menarik aliran darah ke luka, untuk meningkatkan proses penyembuhan luka. Dalam banyak kajian, telah terbukti bahawa lidah buaya secara berkesan merawat mangsa terbakar tahap ketiga dan ia menyembuhkan kulit yang terbakar dengan cepat. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati sejumlah besar gel lidah buaya dapat menyembuhkan luka tembakan dan luka tisu.

Menurunkan Gula Dalam Darah
Menurut satu kajian Phytomedicine: Jurnal Antarabangsa Phytotherapy dan Phytopharmacy, mereka mendapati meminum dua sudu jus lidah buaya setiap hari boleh menyebabkan kadar gula dalam darah menurun bagi pesakit diabetes jenis 2. Ini bermakna bahawa lidah buaya mungkin berkesan dalam rawatan diabetes. Keputusan ini disahkan oleh satu lagi kajian yang diterbitkan dalam Penyelidikan Phytotherapy yang menggunakan ekstrak pulpa. Namun begitu, bagi pesakit diabetes yang mengambil ubat penurun glukosa, anda harus berhati-hati ketika memakan lidah buaya. Jus bersama-sama dengan ubat-ubatan diabetes mungkin mengurangkan kiraan glukosa anda ke tahap berbahaya. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa rawatan alternatif terhadap penyakit kencing manis.

Penyembuhan Penyakit Gusi
Penyakit gigi dan gusi juga boleh diubati oleh lidah buaya. Anda boleh mencuba ubat semulajadi ini di rumah iaitu dengan meletakkan serbuk aloe vera pada berus gigi, kemudian berus secara normal. Serbuk lidah buaya akan menenangkan gusi anda dan menyembuhkan apa-apa jenis jangkitan atau lebam. Jus lidah buaya juga boleh membantu mengekalkan gusi yang sihat. Anda hanya perlu berkumur-kumur dengan jus lidah buaya. Atau anda perlu meningkatkan pengambilan vitamin D. Kedua-dua langkah ini cukup untuk mendapatkan kembali kesihatan gusi anda dalam masa beberapa bulan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Reply